Monday 4 April 2016

TAHUKAH ANDA... BILA-BILA MASA SAHAJA AKAUN KITA BOLEH DI CEROBOH....

Tahukan.....sebab tu setiap tahun perisian antivirus akan menaiktaraf versinya....mereka akan buat penambah baikan.

Antara langkah mudah untuk mencegah : 

Kita cipta kata laluan yang kukuh. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor-nombor serta simbol.


Wednesday 30 March 2016

Layu Di Hujung Mekar

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri



Monday 1 February 2016

MENGAPA BAYI MENANGIS ?



Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

BLW – The First Few Months | Hellobee:

1. Saya perlukan makanan 
Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga. 

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. 

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya. 


2. Saya perlukan keselesaan 
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa. 

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa. 

Trendy Swaddle Blankets! 24 New Patterns! | $11.99 on Jane.com #newborn #baby #giftidea:

3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk 
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. 

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. 

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas. 

perfect images to be framed with one of your favourite verses or poems and it will great gift or unique memento.
4. Saya perlu dipeluk 
Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. 



Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.  

The Haggard Mother Sleep Training Method:

5. Saya perlukan rehat 
Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. 

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terustidur. 

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. 

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring. 

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. 

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:




7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu 
Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. 

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega. 

Friday 22 January 2016

JAMU SUK DARA WARISAN TURUN TEMURUN

JSD Holdings Sdn. Bhd.





Dari hati Dato’ Sri Hanni,
JSD lahir dengan inspirasi kehebatan Jamu Susuk Dara yang mana rahsia ramuannya telah diwarisi sejak tahun 1850. Ianya adunan rempah Embah Roliyah Haji Ali dan ibunya yang telah datang dari Tanah Jawa sebelum Perang Dunia kedua lagi.
Beliau merupakan seorang dukun bidan di Kampung Delek, Klang Selangor sebelum datangnya doktor-doktor Inggeris pada waktu itu. Kepakaran arwah Embah Roliyah adalah sakit puan, pengasihani dan pengaman rumah tangga.
Ramuan khas tersebut dibuat untuk mengaburi malam pertama bagi gadis-gadis yang telah teraniaya kerana dirogol oleh askar-askar bangsa asing pada ketika itu atau yang telah menjadi mangsa kepada ilmu hitam.
Pengasas Jamu Susuk Dara adalah cucu beliau Puan Hani. Anak kepada Haji Borhan bin Haji Ali anak kepada Embah Roliyah.
Ketika ayahandanya Haji Borhan bin Haji Ali pulang ke rahmatullah, Puan Hanni telah didatangi dengan peristiwa dan situasi yang aneh. Sehingga pada satu peristiwa itu, Puan Hani mengalami keguguran dan beliau bermimpi didatangi tiga orang penting iaitu arwah abang beliau, arwah Suhari Hj Borhan dengan senyuman.
Arwah ayahanda beliau menyuruhnya untuk meminum air yang sangat pahit dan menggigit buah yang sangat keras. Arwah Embah Roliyah pula menyelimutkan Puan Hani dengan daun-daunan. (semua ini berlaku di dalam mimpi)
Setelah terjaga dari tidur dengan badan yang masih sangat lemah, Puan Hanni berkongsi pengalaman mimpinya dengan suami. Bermula dari saat itu, Puan Hanni mula mendekatkan diri dan mengenali herba-herba untuk kesihatan beliau sendiri dan dibimbing oleh ibundanya Puan Hajah Sanniyah Hj Yusof.
Sehabis pantang dan badan kembali sihat, Puan Hanni didatangi rakan-rakan yang bermasalah rumahtangga dan menghadapi dilema wanita. Sebagai rakan Puan Hani berkongsi pengalaman dan rahsia yang beliau amalkan.
Sehingga hari ini secara tidak langsung Puan Hanni telah melibatkan diri dengan pembuatan jamu di atas permintaan rakan-rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan permintaan tidak terhad dan meluas di kalangan wanita umum tidak kira bangsa, agama dan keturunan.
Hingga kini, kepakaran Embah Roliyah diteruskan oleh pewarisnya itu. Puan Hanni Borhan yang memformulasikan semula resepi keluarga untuk membantu masalah wanita moden masa kini.
Produk-produk Jamu Susuk Dara tidak melibatkan penggunaan sebarang kuasa sihir atau ilmu hitam, semuanya herba tulen dan tiada bahan pengawet. Rempah herba ini juga mampu mengeluarkan kekotoran di dalam vagina sekiranya ada dan membantu mengelakkan masalah kanser rahim yang sering berlaku pada zaman ini.
Selain itu, Jamu Susuk Dara telah turut membuka peluang menambah pendapatan kepada ramai  wanita dan seterusnya membuka ruang perniagaan kepada usahawan wanita dan kini ada yang telah bertaraf jutawan.
Sehingga ke hari ini Jamu Susuk Dara telah berkembang dengan sangat pesat dalam tempoh operasi yang singkat kerana kehebatan rangkaian produknya. Tambahan lagi keunikannya yang menyediakan khidmat nasihat dan runding cara secara peribadi tentang masalah keintiman wanita serta penggunaan produk.
Jenama Jamu Susuk Dara kini mengalami fasa baru dengan peningkatan kualiti  penghasilan produk-produk dan operasi perniagaannya di bawah jenama baru JSD, seiring dengan peningkatan permintaan para pengguna dan pasaran yang amat memberangsangkan.
frame-owner-jamu-susuk-dara

Tuesday 19 January 2016

PANTANG LARANG BAGI PENGGUNAAN PRODUCT BERASASKAN JAMU



AMARAN DARI PENGASAS: JAMU INI TIDAK BOLEH DIMAKAN BERSAMA PRODUK PELANGSING / JAMU HERBA LAIN. SILA DAPATKAN NASIHAT SEBELUM MEMBELI. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA ADA SEBARANG TINDAK BALAS YANG BERLAKU

Sila dapatkan consultant terlebih dahulu sebelum membeli, Pelanggan perlu menceritakan apa kehendak, masalah dan kami akan cuba mengatasi dengan membantu pelanggan mendapatkan keperluan yang sewajarnya. Sila adukan kepada pengasas sekiranya pelanggan tidak berpuashati kepada consultant beserta rekod pembelian.

Friday 4 December 2015

TIP KELUARGA BAHAGIA






Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  • Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  • Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

  • Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  • Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  • Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
  • Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Saturday 14 November 2015

KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH



Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca.. dan siapa suka tidur lepas subuh kemudian bangun nak solat dhuha pun tolong baca.. sentap dan muhasabah sesama.. takda ruginya.. in shaa Allah..
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”
Dia menjawabkan,
“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.
Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”
“maaf ustaz”.
Aku cakap dekat dia,
“dua dua mazhab lah ustaz”.
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”
Aku senyap.
“kenapa ustaz?”
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan,
bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.
Allahuakbar.
Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi
“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar.
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”
“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran
itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh,,
Tidur selepas subuh??? Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.
Wallahua'lam..

Dr FB sakri ree 9/11