Monday, 19 October 2015

TIP MUDAH BERSALIN



Kenangan terlalu indah bila kita dapat merasai alam pregnant. Lebih-lebih lagi bila dimanjakan oleh pasangan dan ahli keluarga yang lain, mendapat sokongan dari mereka, melayan kerenah mengada-ngada kita. Namun begitu bila tiba saat nak bersalin berdegub degub jantung dari hari ke sehari sehingga tiba masanya. Rasa cemas, walaupun anak yang mungkin kedua, ketiga atua ke berapa sekali pun kerana setiap kelahiran anak itu berbeza situasinya. Jarang berlaku jika situasi nya sama sahaja. Tetapi ia hanya perasaan sementara sahaja. Bagi mengurangkan rasa debaran itu, mari kita cuba tips berikut :


  • Banyakkan Berzikir Dan Berselawat/ Mendekatkan Diri Kepada Pencipta

Kita digalakkan mendekatkan diri kepada pencipta untuk mendapatkan ketenangan. Bagi yang beragama Islam, sangat disarankan untuk terus berzikir dan berselawat. Inn shaa Allah boleh memberi kekuatan dan ketenangan kepada kita.  


  • Kata-kata Positif

Selalu mengucapkan kata-kata positif seperti "saya boleh!" "saya dah tak sabar nak lihat dia!". Dengan pernafasan yang betul dan kata-kata ucapan tersebut diucap berulang kali, secara psikologi ia membantu ibu mengawal kesakitan.


  • Banyakkan berjalan

Sebenarnya dengan kerap berjalan akan mengurangkan sakit kontraksi berbanding hanya terbaring di bilik bersalin dan menunggu serviks terbuka 10 cm sepenuhnya. Oleh itu kalau ibu sudah mula rasa sakit kontraksi, rajin-rajin berjalan di sekeliling wad anda. Elakkan berbaring terlalu lama. 


  • Sibukkan diri

Oleh kerana anda berada di wad bersalin, tentu ada ramai kawan-kawan yang melalui kesakitan sama dengan anda. Apa kata daripada masing-masing melayan 'kesakitan' lebih baik berbual-bual berkongsi pengalaman dan cerita. Sekurang-kurangnya dengan sibuk berbual dan bergelak ketawa, ia dapat mengurangkan rasa sakit yang sesekali datang menyerang.


  • Bercakap dengan bayi

Sekarang adalah masa yang paling baik untuk bercakap dengan bayi dalam perut anda. Pujuk dan beritahu bayi yang anda berdua perlu bekerjasama untuk proses kelahiran berjalan cepat dan mudah.


  • Ikut gerak hati anda

Sekiranya anda sudah melakukan semua perkara berikut tetapi kesakitan yang dialami sangat keterlaluan dan anda sudah hilang upaya untuk menahannya, mintalah ubat penahan sakit daripada doktor. Janganlah kerana terlalu taksub untuk melahirkan bayi tanpa bantuan ubat tahan sakit anda memaksa diri menanggung kesakitan tersebut. Ini kerana lain ibu lain tahap kesakitan yang dialami. Apa yang penting, anda dapat melahirkan bayi dengan selamat.

Monday, 12 October 2015

KENALI ANAK KITA



Bagaimana cara anak kita belajar dan bagaimana cara untuk anak kita lebih fokus kepada pembelajaran..... Terdapat 3 gaya cara anak kita dapat fokus dalam pembelajaran nya; mata, telinga dan pergerakan. 

Tapi bagaimana untuk kita mengetahui anak kita ni tergolong dalam style yang mana. Ambil masa kita untuk perhatikan cara pembelanjaran anak-anak kita. 

Bagi anak-anak yang lebih cenderung belajar dengan telinga. mereka akan ingat bunyi huruf bila menyanyi lagu, Cepat ingat sifir bila menyanyi, Suka mendengar ceramah, mudah ingat selepas kelas lebih-lebih lagi jika selepas kelas tu ada perbincangan. Boleh belajar dalam keadaan bising, boleh belajar bila buka tv, buka radio.

ok, so untuk tips membantu anak-anak macam ni:

  • Beri peluang dia dengar apa yang dia telah atau akan pelajari- melalui video dan CD
  • Perbanyakkan group discussion; kalau dia masih kecil, kitalah kena banyak bercakap bagitau dia itu ini atau pun read aloud to them.
  • Galakkan dia buat oral presentation apa yang dia belajar melalui show & tell, main peranan jadi cikgu, radio DJ atau penceramah jemputan. Kita juga boleh galakkan anak kita masukkan unsur rentak, ritma & melodi bila hafal fakta pelajaran.
  • Bila belajar membaca menggunakan kaedah fonik, pelajar Geng Telinga lebih mudah belajar bila mereka sebut bunyi dengan kuat berulang kali, terutama untuk aktiviti gabung bunyi & mengeja.
  • Untuk subjek lain mereka dapat menghafal fakta dengan baik if they close their eyes and say aloud repeatedly.

Manakala sekiranya anak kita susah nak faham arahan secara lisan, lebih suka buat kerja dengan teratur dalam suasana sunyi, maka anak kita termasuk dalam golongan Mata(visual learner).

Mereka juga suka membaca, lebih suka memerhati daripada bercakap atau melakukan sesuatu, mudah hafal bahan bertulis dan hebat mengeja. Mereka peka perkara-perkara kecil dan suka menconteng pada kertas.

so untuk tips membantu anak-anak macam ni:

  • Galakkan mereka melakar atau melukis idea-idea mereka atau apa yang mereka telah pelajari menggunakan pen atau krayon pelbagai warna. Mind mapping akan banyak membantu Geng Mata belajar
  • Beri banyak peluang untuk mereka menulis apa yang mereka belajar mengguna pelbagai media tulis termasuk komputer dan ipad. Galakkan mereka highlight fakta penting yang mereka tulis.
  • Gunakan gambar, grafik, carta, pemetaan dan diagram untuk bantu mereka belajar dengan lebih baik.
  • Tulis kata kunci, arahan yang diberikan secara lisan. 
  • Tunjukkan secara praktikal apa yang kita nak mereka lakukan. 
  • Ajar membaca menggunakan kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan. Galakkan mereka bina suku kata/perkataan/ayat menggunakan kad.
  • Perbanyakkan aktiviti visual seperti mengkaji peta, melihat video, membuat model dan bermain crossword dan word search. 

kredit : http://www.cepatmembaca.blogspot.my/


Hokey, lepas ni umi nak check anak-anak umi ...kategori manakah diaorg ni