Kenangan terlalu indah bila kita dapat merasai alam pregnant. Lebih-lebih lagi bila dimanjakan oleh pasangan dan ahli keluarga yang lain, mendapat sokongan dari mereka, melayan kerenah mengada-ngada kita. Namun begitu bila tiba saat nak bersalin berdegub degub jantung dari hari ke sehari sehingga tiba masanya. Rasa cemas, walaupun anak yang mungkin kedua, ketiga atua ke berapa sekali pun kerana setiap kelahiran anak itu berbeza situasinya. Jarang berlaku jika situasi nya sama sahaja. Tetapi ia hanya perasaan sementara sahaja. Bagi mengurangkan rasa debaran itu, mari kita cuba tips berikut :
- Banyakkan Berzikir Dan Berselawat/ Mendekatkan Diri Kepada Pencipta
Kita digalakkan mendekatkan diri kepada pencipta untuk mendapatkan ketenangan. Bagi yang beragama Islam, sangat disarankan untuk terus berzikir dan berselawat. Inn shaa Allah boleh memberi kekuatan dan ketenangan kepada kita.
- Kata-kata Positif
Selalu mengucapkan kata-kata positif seperti "saya boleh!" "saya dah tak sabar nak lihat dia!". Dengan pernafasan yang betul dan kata-kata ucapan tersebut diucap berulang kali, secara psikologi ia membantu ibu mengawal kesakitan.
- Banyakkan berjalan
Sebenarnya dengan kerap berjalan akan mengurangkan sakit kontraksi berbanding hanya terbaring di bilik bersalin dan menunggu serviks terbuka 10 cm sepenuhnya. Oleh itu kalau ibu sudah mula rasa sakit kontraksi, rajin-rajin berjalan di sekeliling wad anda. Elakkan berbaring terlalu lama.
- Sibukkan diri
Oleh kerana anda berada di wad bersalin, tentu ada ramai kawan-kawan yang melalui kesakitan sama dengan anda. Apa kata daripada masing-masing melayan 'kesakitan' lebih baik berbual-bual berkongsi pengalaman dan cerita. Sekurang-kurangnya dengan sibuk berbual dan bergelak ketawa, ia dapat mengurangkan rasa sakit yang sesekali datang menyerang.
- Bercakap dengan bayi
Sekarang adalah masa yang paling baik untuk bercakap dengan bayi dalam perut anda. Pujuk dan beritahu bayi yang anda berdua perlu bekerjasama untuk proses kelahiran berjalan cepat dan mudah.
- Ikut gerak hati anda
Sekiranya anda sudah melakukan semua perkara berikut tetapi kesakitan yang dialami sangat keterlaluan dan anda sudah hilang upaya untuk menahannya, mintalah ubat penahan sakit daripada doktor. Janganlah kerana terlalu taksub untuk melahirkan bayi tanpa bantuan ubat tahan sakit anda memaksa diri menanggung kesakitan tersebut. Ini kerana lain ibu lain tahap kesakitan yang dialami. Apa yang penting, anda dapat melahirkan bayi dengan selamat.

No comments:
Post a Comment