Apabila kita mengajar kanak-kanak tentang buku, kita bukan sahaja perlu mengajar mereka isi kandungan buku yang dibaca. Tetapi lebih dari itu sebenarnya.
(1)
It is better kalau dapat berkongsi dengan kanak-kanak apa kepentingan
buku dan cara menjaga buku dan adab ketika di library.
(2)
Ajarkan mereka info yang terdapat di luar buku, belakang, atas dan
bawah cover buku seperti ilustrasi, penerbit, penulis dan tajuk.
(2)
Ajar mereka juga cara yang betul memegang buku dan menyelak helaian
kertas. Iaitu dimulai dengan sebelah atas di sebelah kanan.
(3)
Jika kanak-kanak itu masih kecil, boleh ajarkan mereka membaca dengan
menggunakan jari sebagai penunjuk bacaan dan pointkan ke arah gambar dan
perkataan yang sedang dibaca supaya kanak-kanak tidak terlepas pandang
dan 'lost' dalam proses membaca itu.
(4)
Pastikan aliran bacaan itu betul iaitu dari kiri ke kanan dan dari atas
ke bawah. Dengan ini, mereka juga belajar bagaimana hendak membaca dan
memulakan bacaan dan tulisan.
(5)
Galakkan mereka menyebut huruf pertama yang mereka jumpe dalam
mana-mana perkataan dan dengan ini secara tidak sengaja mereka dapat
menggabungkan huruf dan membina perkataan serta menambahkan kemahiran
mengeja.
(6)
Yang terakhir, pastikan mereka dapat mengulang kembali skop cerita atau
is kandungan buku tersebut dengan menyenaraikan nilai dan moral
daripada cerita.

No comments:
Post a Comment